SELANGOR FC
BERITA

Alvin Fortes: Panggilan Kebangsaan Cape Verde

May 28, 2025 - FAS

Pemain tonggak import Selangor FC, Alvin Fortes, berjaya menyenaraikan nama beliau  bersama skuad kebangsaan Cape Verde, ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) ke-72 dunia. 

Dalam 39 perlawanan musim pertama Fortes beraksi bersama kem Merah Kuning, beliau telah mencatat sebanyak 3,136 minit selain menyumbang 20 jaringan gol dan tujuh assist membantu beliau diundi sebagai Pemain Terbaik Selangor FC Musim 2024/25 oleh para penyokong Gergasi Merah.

Ini merupakan panggilan kedua beliau bersama Cape Verde, Fortes gembira tersenarai semula selepas kali terakhir bersama pasukan pada tahun 2018, “Siapa sangka saya akan tersenarai untuk panggilan kali ini setelah sekian lama. Saya yakin barisan jurulatih Cape Verde ada perancangan mereka tersendiri. Ini bagaikan satu peluang keemasan untuk saya menambah kekuatan pasukan dan banggakan keluarga, penyokong serta negara.”

Fortes akan bersama para pemain dari liga-liga ternama untuk tiga Perlawanan Persahabatan Antarabangsa; dua menentang Malaysia pada 29 Mei di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras serta 3 Jun di Stadium Bukit Jalil (tertutup) dan menentang Georgia pada 8 Jun di Stadium Ramaz Shengelia.

Pihak pengurusan Selangor FC amat berbangga dengan pencapaian Fortes sehingga tersenarai semula untuk berbakti kepada negara. Kami mendoakan beliau akan terus mendapat panggilan kebangsaan untuk masa yang akan datang. Semoga berjaya Fortes!

Demi Kebanggaan!